|
|
| Tuesday, 22-Apr-2008 13:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cymru (Oktober 2007)
|
|
Benarlah kata pepatah, 'Tak kenal maka tak cinta'. Selepas pengalaman pertama dan kedua pergi makan angin, aku dan suami tidak senang duduk kalau cuti sekolah yg berikutnya kosong tanpa aktiviti makan angin. Sebenarnya bukannya keindahan alam ciptaan Allah ini sahaja yg menyebabkan aku suami-isteri bersungguh2 merancang pergi makan angin. Tetapi cabaran utk mendptkan percutian yg sesuai dgn bajet kami yg menjadikan kami bersemangat. MasyaAllah, kalaulah semangat ini mendpt keredhaan Allah, alangkah bagusnya...
Penjelajahan kali ini disertai oleh Izzi dan Hanna serta tetamu dari UKM, Nizam dan Rushdan. Sehari sebelum bertolak, tetamu kami dari Duisburg, Zamri sekeluarga baru saja berlepas pulang selepas beraya bersama2 kami di Nottingham. Sungguh meriah Syawal tersebut, dgn izin Allah, aku dpt beraya dgn sahabat2 yg benar2 membahagiakanku. Alhamdulillah
Sudah nak menjadi cerita, minibus 17 seaters yg kami sewa hanya boleh dipandu oleh suamiku memandangkan hanya dia seorg sahaja yg bersemangat utk menyahut cabaran tersebut.
Stoke-on-Trent tempat pertama kami singgah bagi memenuhi permintaan Nizam yg hendak membeli-belah buat isteri tercinta dan saudara-maranya yg lain. Dari sana kami terus bertolak ke Hollyhead dan tiba di Travelodge jam 11 malam. Keesokkannya kami menikmati keindahan pantai Laut Irish dari atas tebing bukit di mana terletaknya Ellin's Tower. Kemudian kami terus ke Beaumaris Castle yang terletak berdekatan dengan Menai Bridge di sebelah timur Anglesey Island.
Keesokkannya kami bertolak ke Snowdonia tetapi sebelum itu kami singgah di Caenarfon Castle. Sebenarnya suamiku memang suka dgn istana2 lama dan juga barang2 lama. Aku tidak berapa pasti samada ianya satu kebaikan atau tidak
Jalan ke Snownodia adalah jlnraya sempit dimana kiri kanannya adalah hutan. Kami berhenti makan di salah satu tempat parking yg disediakan bagi sesiapa yg ingin menaiki keretapi ke atas gunung tersebut. Selepas makan kami cuma bergambar di stesen keretapi dgn berlatarbelakangkan gunung yg diliputi kabus.
Bertolak dari Snowdonia kami berhenti di Bedgleret dimana kami sempat membeli cenderahati kenangan Cymru. Tiba di Swansea kami singgah di rumah sahabat Shah dan isterinya bermurah hati menjamu kami. Alhamdulillah
Keesokkannya kami meneruskan perjlnan ke Bath.
Bath adalah tempat persinggahan kami yg terakhir sebelum bertolak ke Heathrow utk menghantar Nizam dan Rushdan menaiki kapalterbang pulang ke Malaysia.
Maha Suci Allah, walaupun kami semua dlm keadaan penat sepjg perjlnan kami menjelajah Cymru, namun Allah titiskan dlm setiap hati kami perasaan kasih antara satu sama lain. Aku begitu senang dgn Nizam dan Rushdan walaupun aku baru saja berkenalan dgn mereka. Semoga kalian sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Illahi...amin
| Code: | | Harapnya entry ku kali ini tidak menyedihkan hati pembaca. |
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Apr-2008 17:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ramadhan Cemerlang Syawal Gemilang, InsyaAllah (Oktober 2007)
|
|
Berpuasa sekadar menahan diri drpd makan dan minum akan hanya meningkatkan sifat tamak kita, spt binatang kelaparan yg gelojoh menikmati habuannya. Walhal, puasa yg sebenar2nya sepatutnya akan memperbaiki diri kita, zahir dan batin.
Aku selalu cuba utk menghargai Ramadhan tersebut daripada sudut selain drpd makan dan minum. Dan aku selalunya gagal bila masuk minggu ke-3 berpuasa, maklum shjlah, penyakit org perempuan. Walaupun aku ini tergolong org2 yg tak pandai mencantikkan rumah dan membuat kuih-muih berbagai jenis, namun perasaan resah gelisah itu tetap ada. Perasaan spt inilah yg sebenar2nya perlu aku buang kerana perasaan inilah yg mengheret aku ke lembah kehinaan. Astaghfirullah...
Sehingga skrg aku benar2 kesal kerana pahala berpuasa di Malaysia amatlah banyak kalau aku benar2 cuba utk mencari sinarnya. Bayangkanlah, keluar drpd pejabat, berderet2 gerai2 menjual makanan utk berbuka puasa beratur di spjg jln. Aku cuma perlu pergi ke beberapa buah gerai shj sepatutnya dan bukannya tawaf 7 kali. Bila sampai rumah, tinggal beberapa minit sahaja lagi utk aku bersiap2 berbuka puasa. Bergegas2lah aku menghidangkan makanan yg telah dibeli dan juga lauk-pauk yg dimasak oleh ibuku. Semuanya lazat2, tidak pernah langsung aku berbuka dgn makanan yg tidak meliurkan. Sekali lagi aku gagal mencari sinar di sebalik rezeki yg terhidang di depan mataku. Bergema sahaja azan Maghrib, tanpa berlengah2, kekononnya utk mendptkan pahala mencepatkan berbuka puasa, aku menyambar terus air tebu yg kubeli di gerai tadi. Habis segelas besar. Alhamdulillah...perutku terus rasa kenyang dan kepenatan spjg hari berpuasa terus hilang.
Lailahailla anta, subhanaka inni kuntu minazolimin...
Aku benar2 menzalimi diriku sendiri, dgn perut yg sudah penuh, aku mencapai kaki ayam golek, ngap...ngap...ngap...ahhhhh...terus tersandar....dan pada masa itu, tinggal beberapa minit saja lagi masuk waktu Isyak. Astaghfirullah...
Bila terlalu kenyang, maka solat Maghrib pun terasa begitu berat sekali. Habislah satu hari berpuasa, tanpa apa2 makna. Hari2 puasa yg berikutnya menjadi spt hari2 biasa. Aku tidak terasa lapar dan dahaga langsung dan tanpa kusedari sebenarnya sinar Ramadhan sendiri menjauhiku. Astaghfirullah...
Azan yg berkumandang tidak lagi menyentuh hatiku. Bacaan ayat2 suci Al-Quran langsung tidak dpt menjadikan hatiku sayu. Sebaliknya, aku begitu taksub dgn masalah duniawi... baju raya, kuih raya, langsir raya....Astaghfirullah...
Ya Allah, tuhan yg Maha Mendengar, jadikanlah aku dan keturunanku hamba2Mu yg beriman dan sentiasa mencari keredhaanMu. Amin.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 14-Apr-2008 09:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
"Anak aku belajar di London" (September 2007)
|
|
Aku dan suami memang bertuah dan sememangnya kalau sudah bertuah, ramailah yg menganggap kehidupan kami sepatutnya berkat sentiasa. Alhamdulillah, kehidupan kami sejak lahir lagi memang berkat. Allah kurniakan kami dgn berbagai2 nikmat dan aku dan suami kekadang berasa malu sendiri kerana kurniaan Allah sungguh indah dan mulia, walhal kami selalu sgt melupaiNya dan lalai dalam nikmat yg melimpah-ruah tersebut. Sehingga kami tersesat sebentar, seolah2 kita hidup ini utk makan dan menikmati semua kelazatan dunia yg fana ini. Walhal, Allah jadikan kita yg dipanggil manusia ini, semata2 utk beribadat kepadaNya. Makanan , pakaian, rumah, kenderaan dan harta-kekayaan hanyalah alat utk kita 'survive' di dunia ini dan juga utk kita mengumpul sebanyak2 pahala bagi meningkatkan saham akhirat kita. MasyaAllah....
Aku masih ingat lagi, selepas aku tamat pengajianku di US, ibubapaku menyambut kepulanganku dgn kenduri kesyukuran. Ramailah kenalan2 rapat ibubapaku yg hadir dan dlm kenalan rapatnya, adalah seorang ibu kpd seorang anak yg bertuah juga hadir di dlm majlis kami tersebut. Sehingga skrg aku masih ingat betapa bangganya seorg ibu yg melahirkan anak yg bertuah tersebut. Tanpa ditanya2, semasa bersalam dgnku ibu tersebut berkata "Anak aku belajar di London skrg, engkau pernah sampai London tak?" Dgn ikhlas aku menjawab, "Tidak makcik, kalau boleh nak jugak sampai kat London tu!".
Bila aku sampai di London, aku benar2 teringatkan makcik tersebut. Dan aku faham sgt kenapa makcik tersebut benar2 bangga dgn anak bertuahnya itu. Mengikut firasatku, bukanlah keindahan London yg menyebabkan ramai org tua kita yg bangga bila anak mereka dpt sampai ke bandar metropolitan tersebut. Sebenarnya, mereka bangga kerana London adalah satu2nya nama tempat yg mereka berani sebut kerana itulah satu2nya nama tempat di luar negara yg mereka benar2 kenal walaupun mereka tidak pernah sampai. Kerana London adalah asalnya penjajah kita yg agak 'baik' sedikit berbanding dgn Jepun, Belanda atau Portugis. Zaman penjajahan British yg membolehkan kita mengalami pembangunan spt jalanraya, pengangkutan dan sebagainya. Sebab itulah, bila aku sampai di London, aku dpt rasakan Kuala Lumpur sebenarnya sikembar London di negara kita.
Alhamdulillah aku dpt melawat London selepas 15 bulan bermastautin di Nottingham. Kami menaiki keretapi dari Nottingham ke St. Pancras kemudian menaiki tube dari King Cross ke Liverpool St. Dan kemudian berjln kaki dari Liverpool Street ke Peticoat Lane kononnya nak melihat2 bazar di sana. Rupa2nya semua kedai2 bazar tutup pada hari Sabtu. MasyaAllah...
Kami pun berjln lagi ke Tower Bridge. Dari Tower Bridge kami menikmati keindahan bangunan2 di sekitarnya spt Swiss Bank, City Hall dsbnya yg aku tidak kenali. Bila hari hampir gelap kami pun menaiki underground train ke tempat bermalam kami di Travelodge Battersea. Sebelum aku terlupa, rasanya inilah travelodge pertama kami.
Keesokkannya kami beratur di depan London Eye utk menaikinya. Selepas puas dgn London Eye (yg bergerak teramatlah perlahan), spt yg dirancang, kami berjln kaki perlahan2 menuju ke arah Big Ben, Wesminster dan akhirnya Buckingham Palace. Sepanjang kami berjln kaki, pemandangan indah2 belaka dan sibuk. Kami lupa bahawa anak2 kami kurang teruja dgn pemandangan tersebut. Jadi, kami pun berusaha mencari arah ke Science Museum yg memang sesuai utk anak2. Dlm perjln ke museum tersebut, kami nampak Harrod's iaitu pusat membeli-belah yg menjadi kebanggaan datin2 kita yg biasa membeli-belah di London.
Kalau ada yg bertanya samada aku sudah puas dgn London, aku rasa belum lagi. Kalau diizinkan Allah utk pergi London lagi, aku harap aku dpt berjln dgn tenang dan tidak rasa terbeban dgn beg atau 'pushchair'.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 8-Apr-2008 09:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Insan2 yg pernah menceriakan hidupku di Nottingham
|
|
Hanya Allah sahaja yg akan membalas jasa2 Kak Fauziah, Kak Siti, Kak Yuhanis, Kak Shikin, Kak Haniza, Kak Gee, Kak Ina/WakLi, Kak Mai, As/Ustaz Kasy, Awin/Baha, Fizah, Ema/Izni dan Farah/Sharif yg sudi hadir dlm hidupku di Nottingham ini.
Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kalian di mana sahaja kalian berada. Amin.
Semoga kita sentiasa mendapat taufik dan hidayah supaya kecintaan kita kepada Allah swt dan RasulNya Muhammad saw sentiasa mekar berkembang hendakNya. Amin
|
|
|
|
|
|
| Monday, 7-Apr-2008 12:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Qayyum, Anakku yg Soleh
|
|
Suamiku berada di Jepun semasa aku melahirkan anak lelakiku yg pertama, Wan Abdul Qayyum, di Pusat Rawatan Islam Kajang. Pada hari tersebut, 4hb May 2000, hanya aku dan seorang lagi ibu muda yg bekerja di Renong sahaja yg menunggu saat2 utk melahirkan bayi ke dunia ini di Pusat Rawatan Islam tersebut. Ibu muda tersebut ditemani oleh ibu, suami dan adik perempuannya. Sejak aku ditahan di wad tersebut pada jam 10pagi, ibu muda tersebut tidak henti2 menerima pelawat daripada sahabat2nya. Sementara aku pula tidak ada sesiapa pun yg menemani atau melawatku. Spt biasa, aku sentiasa membawa buku surah Yassin kemana2. Jadi, aku tidak henti2 membaca Yassin dan pada masa itu aku dpt rasakan bahawa aku hanya memerlukan Allah sahaja.
Oleh kerana aku sudah pernah mengalami saat2 melahirkan bayi semasa melahirkan anak perempuanku yg pertama, Wan Mariah Fatinah di tempat dan doktor yg sama juga, jadi aku tidak berasa hiba sgt apabila melihat ibu muda tersebut mendapat sokongan moral yg tidak putus2 daripada keluarga dan sahabatnya. Semasa menunggu saat2 melahirkan Mariah, semua ahli keluarga dan sahabat2ku tidak putus2 memberi sokongan moral padaku. Tetapi, sakitnya tidak berkurang langsung malahan semakin terasa bila semakin dekat saat2 mengeluarkan Mariah ke dunia. Berbagai doa dan petua telah diberikan padaku, tetapi aku masih lagi mengerang kesakitan, al-maklum sahajalah, anak pertama.
Pengalamanku utk kali ke-2 ini, berlainan sedikit. Aku sudah beberapa kali di tahan setiapkali membuat pemeriksaan kesihatan semasa mengandungkan Qayyum, sehinggakan ibubapaku dan sahabat2ku di pejabat sudah naik lali. Aku pernah ditahan 2 minggu di wad tersebut kerana tekanan darah terlalu tinggi. Sahabat2ku tidak putus2 dtg melawat dan menelefon bertanya khabar kerana menyangkakan aku sudah hampir2 hendak bersalin. Tetapi, selepas 2 minggu aku masuk pejabat spt biasa seolah2 tidak pernah langsung di tahan di wad. Selepas beberapa kali ditahan di wad, perasaan berdebar2 menantikan kelahiran Qayyum sudah hilang. Tetapi, pada 4hb May tersebut, aku dpt rasakan bahawa itulah hari yg aku tunggu selama ini. Namun, aku malu utk memaklumkan kepada ibubapaku kerana aku tidak mahu menyusahkan hati mereka lagi. Jadi, aku ambil keputusan utk melalui saat2 tersebut berseorangan dan menyerahkan diriku bulat2 kepada Allah kerana hanya padaNya tempat aku akan kembali.
Alhamdulillah, Qayyum dilahirkan dgn mudah dan dlm masa yg singkat sahaja. Aku tidak mengerang langsung setiapkali aku mengalami 'contraction', tetapi akhirnya tanpa kusedari tanganku menarik langsir sehingga terjatuh, yg menyebabkan semua jururawat bergegas menjengokku. Mereka benar2 terkejut kerana aku hampir2 bersalin dan perlu dibawa dgn segera ke 'labor room'.
Ibubapaku dtg melawatku selepas 4 jam anakku selamat bersalin, itupun selepas aku menghubungi mereka, kerana aku terasa begitu lapar. Ibubapaku dtg dgn anak perempuanku, Mariah pada jam 11 mlm membawa burger Mc.D. Alhamdulillah. Selepas ibubapaku pulang, pada pukul 1 pagi, suamiku menghubungiku melalui 'handset'. Suamiku baru sahaja pulang dari Masjid Kobe. Beliau benar2 terkejut kerana aku sudah selamat melahirkan Qayyum semasa beliau sedang melaungkan azan Maghrib di masjid tersebut. Suamiku sendiri merasa hairan dgn dirinya sendiri pada hari tersebut, kerana dia tidak pernah langsung tergerak utk melaungkan azan. Tetapi pada hari tersebut, dia beria2 hendak melakukannya. Maha Suci Allah, tuhan yg menciptakan segala2nya dan mengizinkan segala2nya utk berlaku spt apa yg sudah berlaku. Alhamdulillah.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Apr-2008 16:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Homework drpd Cikgu Ros
|
|
Cikgu Ros, saya dah siap satu kerjarumah. Terima kasih cikgu.
Nanti saya cuba buat latihan yg lain, cikgu.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 1-Apr-2008 17:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
'Fruit picking' kali ke-2 (Jun 2007)
|
|
Aku diajak oleh Nizaroyani utk pergi 'fruit picking' pada thn ke-2 aku menetap di Nottingham. Aku memang suka pergi 'fruit picking', jadi aku tidak berapa peduli apa jenis buah yg akan dipetik di dusun buah tersebut. Bila Nizar menyebut buah ceri, aku bagai nak menjerit kegembiraan kerana aku memang suka buah ceri yg segar. Oleh kerana aku tidak berapa cekap lagi dgn England pada masa itu, aku serahkan kepada Nizar utk mencari alamat dusun ceri tersebut. Nizar memang sedia maklum bahawa dusun ceri memang ada di Oxford cuma dia tidak pasti alamatnya dan bila dibuka utk musim 'pick your own (PYO)'. Akhirnya, Nizar berjaya mendapat alamat dusun tersebut yg terletak di Abingdon, Oxfordshire.
Kami pun bertolak dari Nottingham pada pukul 12 tengahari kerana suami Nizar bekerja separuh hari pada hari Sabtu tersebut. Setibanya di Abingdon, kami terus ke bangsal dimana kaunter utk mendptkan bekas buah bagi mengisi buah yg dipetik utk dibawa pulang dijual. Bila sudah penuh bekas tersebut, ianya akan ditimbang utk dikira berapa bayarannya. Kalau aku tidak silap, utk satu bekas besar buah ceri dan bekas kecil strawberi, kami dikenakan bayaran sebanyak £26. Walaupun agak mahal pada pendapatku, tetapi aku benar2 puas kerana dpt makan sekenyang2nya di dusun tersebut.
Sebaik sahaja kami puas memetik buah ceri, strawberi dan raspberi, hujan turun selebat2nya utk beberapa minit. Alhamdulillah.
Selepas kenyang dan puashati dgn buah2an kurniaan Allah, kami pun bertolak ke Oxford Universiti. Oleh kerana Oxford Universiti menggunakan konsep bandar dlm kampus, jadi aku tidak berapa sedar bahawa kami sudah sampai di Oxford Universiti sebenarnya. Nizar mengajak kami utk mencuba 'punting' di Sungai Thames yg dikenali sebagai The Isis. Oleh kerana 'punting' agak payah utk dikemudi, maka kami dinasihatkan utk menggunakan 'pedalos'. Kami berhenti makan di tepi sungai tersebut dan kemudian menaiki 'pedalos' semula ke pengkalan tadi.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 31-Mar-2008 13:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kembara di Eropah (April 2007)
|
 |
|
Feri dari Dover ke Calais
|
|
 |
|
Selepas bermalam di Calais kami bergerak ke Brussel
|
|
 |
|
Tidur di Breda dan esoknya melawat Rotterdam
|
| | View all 13 photos... |
|
Tidak terlintas langsung di fikiranku dan suami utk berbelanja besar pergi bercuti makan angin di benua Eropah. Maklum sajalah, perasaan melepaskan segala kemewahan yg aku ada semasa di Malaysia semata2 utk memulakan hidup baru di luar negara selama 3 thn masih belum lagi lenyap. Aku takut, yg dikejar tak dpt, yg dikendong pula berciciran nanti. Dari mula dulu aku bersetuju dan mendesak suamiku melanjutkan pelajarannya ke luar negara dgn harapan suamiku dpt menumpukan perhatiannya 99% kepada pengajiannya. Aku juga berniat utk cuba belajar menjadi isteri dan ibu mithali spjg aku bercuti tanpa gaji di negara org ini. Jadi, aku tidak langsung merengek2 utk jln2 makan angin ke mana2 walaupun aku tahu, setakat utk berjln2 dlm UK tidaklah menelan belanja yg besar.
Bila suamiku membawa kami menjengok Nottingham Castle, aku sudah rasa seronok sehingga tidak terkata. Bagiku, itulah saat2 yg paling bahagia kerana dpt juga jln2 bersama keluarga, sebab semasa di Malaysia aku dan suami teramatlah sibuk. Pernah sekali aku bermesyuarat di Johor, suamiku pula ada kursus di Pulau Pinang. Alhamdulillah, aku tinggal di rumah mak dan ayahku di Serdang. Jadi, kami tidak pernah ada masalah bila kena 'outstation' dan tinggalkan anak2 dua tiga hari. Bercuti bersama2 hanyalah semasa bercuti hari raya, iaitu balik kg di Terengganu. Tetapi bercuti di rumah org tua sendiri, memang bukan bercuti sebenarnya, tetapi lebih kepada menjalankan tanggungjawab kita sebagai anak dan menantu.
Berbalik kepada ceritaku mengembara di Eropah, ianya bermula bila sahabat kami di Duisburg, German, mengajak kami bercuti di Paris Disneyland. Kami pun mula mengira duit simpanan sejak sampai di Nottingham ini. Pada masa itu, sudah hampir setahun kami makan ala-kadar dan suamiku pula dpt kerja 'part-time' pada waktu pagi utk menampung keperluan hidup kami di sini. Kami pun mula buka 'spreadsheet' utk kira semua perbelanjaan bila berjalan ke Paris nanti. Fikir punya fikir, alang2 nak berjalan ke Eropah, biar habis satu Eropah kami jelajah. Abg Kamaluddin dan Kak Safiah banyak membantuku membuat 'itinerary' perjalanan kami di Eropah.
Tolak campur bahagi darab, akhirnya kami ambil keputusan utk mengembara di benua Eropah dgn kereta Vauxhaull kami utk mengurangkan kos perjalanan. Alhamdulillah, kami sempat melawat 6 buah negara (Belgium, Holland, German, Luxembourg, Switzerland dan France). Kami habis £282 utk petrol, £213 utk hotel, £110 tiket masuk Disneyland dan £200 lebih utk cenderahati, tol dan makan minum. Jumlah keseluruhannya £813 dihabiskan utk pengembaraan ini. Alhamdulillah.
Perjalanan kami bermula pada pukul 9 pagi selepas mendapat restu dari Abg Muzammil sekeluarga, kami pun bertolak ke Dover utk menaiki ferry SeaFrance ke Calais, France.
Kami bermalam di Calais sebelum bertolak ke Brussels, Belgium. Bila tiba di Brussels, kami naik bas pelancongan pusing2 Brussels dgn bayaran £16 kerana kami tidak tahu apa yg patut dilawat. Mariah muntah dan pening2 spt biasa kerana kami pusing Brussels dlm masa 2 jam tanpa turun di mana2. Walaupun kami dpt melawat hampir semua tempat di Brussels tetapi kami tidak dpt menikmati keindahan bandar tersebut kerana kasihan melihat anak2 terseksa dlm bas. Kami bermalam di Breda sebelum bertolak ke Amsterdam keesokannya.
Keesokannya dgn semangat baru, kami bertolak ke Rotterdam City (sebenarnya tujuan utama kami ke Keukenhof). Sampai di Rotterdam City, kami beli ubat utk Mariah kerana dia selalu rasa pening dan loya dlm kenderaan. Suamiku pula baru teringat dgn 'adapter' utk plug yg perlu ada kalau hendak menggunakan periuk nasi dan laptop yg kami bawa bila berada di Switzerland nanti. Kami terpaksa menghubungi Abg Kamaluddin yg pada masa itu sedang bercuti di Spain utk memastikan kami membeli 'adapter' yg betul.
Selepas berhenti di Rotterdam City utk mendapatkan ubat Mariah dan 'adapter plug' tersebut, kami pun bertolak ke Keukenhof yg terkenal dgn ladang bunganya. Kami betul2 berjimat-cermat, bila sampai di Keukenhof kami sudah dpt lihat ladang bunga di sepanjang jalanraya di sana. Maka, kami ambil keputusan utk tidak masuk ke dlm kerana utk jimatkan duit daripada membeli tiket masuk.
Dari Keukenhof kami terus ke Amsterdam City. Mungkin suamiku sudah penat atau hari semakin gelap, kami sesat dlm bandar tersebut. Akhirnya kami cari tempat berhenti kerana Matin sudah terberak. Kami berhenti di tepi sungai tempat laluan bot pelancongan dgn harapan dpt bertemu dgn tandas. Oleh kerana sudah terdesak, kami basuh Matin dgn air botol yg kami bekalkan utk waktu2 kecemasan. Kami segera bertolak ke Duisburg, German kerana hari semakin gelap.
Dlm gelap malam, perjalanan dari Amsterdam ke Duisburg betul2 menyiksakan. Walaupun kami tidak kelaparan, tetapi kami betul2 keletihan. Bila tiba di Duisburg, Zamri sekeluarga dgn bermurah hati menyediakan nasi ayam utk kami. Sebenarnya nasi ayam tersebut teramatlah enak, tetapi aku anak beranak memang betul2 keletihan. Kami tidur di rumah Zamri sebelum bertolak ke Switzerland keesokkannya. Esoknya, kami disajikan dgn satay dan nasi impit. Sehingga sekarang aku masih terasa kelazatannya terutama sekali kuah kacang yg dimasak oleh isteri Zamri, Ja. Terimakasih.
Kami berhenti di Cologne iaitu salah satu bandar di German kerana mengikut buku yg kami selak2 semasa di rumah Zamri, terdapat bangunan gereja yg agak unik di sana. Kami berhenti di Cologne, cuma melihat gereja tersebut dari jauh. Namun itu pun sudah cukup memuaskan hati kami.
Dari Cologne, kami ambil keputusan utk berhenti sebentar di Luxembourg City, aku yakin bandar ini baru dibina kerana bangunan dan sistem jlnrayanya kelihatan kemas dan tidak sesak. Bila berada di bandar ini, aku betul2 teringat Putrajaya.
Dari Luxembourg, kami terus ke Bartenheim iaitu nama pekan kecil di Basel, Switzerland. Kami berehat secukupnya. Keesokkannya, kami bergerak ke bandar Zurich. Kami masuk melalui pekan kecil di Switzerland, dimana passport kami diperiksa. Selepas menunggu lebihkurang setengah jam, barulah kami dibenarkan menyeberangi sungai yg menjadi sempadan France dan Switzerland. Di Zurich, aku tidak sempat mengambil gambar walaupun sekeping kerana kami kalut mencari tempat parking. Akhirnya, kami ambil keputusan utk terus ke Interlaken City iaitu bandar sebelum sampai ke puncak Jungfrao.
Spjg perjalanan mendaki ke Interlaken City, pemandangan teramatlah cantik. Tetapi kami tidak berhenti kerana suamiku gayat sedikit. Jadi, kami cuma bergambar di Interlaken City yg senyap sunyi kerana musim bermain ski sudah tamat. Dlm perjalan pulang ke Bartenheim tempat kami bermalam, kami melalui terowong yg panjang kerana Switzerland adalah negara yg dikelilingi gunung-ganang.
Keesokkannya kami bertolak ke Paris. Dlm perjalanan kami berhenti di salah sebuah istana lama di France yg berada di puncak bukit. Kami mengetahui mengenai istana tersebut melalui 'pamphlet' yg boleh didapati di hotel tempat kami tidur. Aku habiskan £20 membeli sebuah pasu besar kerana aku tidak pasti bentuk cenderahati bagaimana yg sesuai utk aku kumpul.
Perjalanan ke Paris betul2 menguji iman kami. 'Tom Tom' telah membawa kami ke kg kecil yg namanya hampir sama dgn nama tempat hotel yg kami akan bermalam semasa di Paris. Malam yg gelap gelita, kami berada di tengah2 ladang dan kereta kami seolah2 sedang bergerak di atas batas padi. Kami berhenti sebentar di dlm kg di hadapan pintu pagar org. Aku benar2 takut, tetapi pura2 tenang Rupa2nya, suamiku yg pada ketika itu aku nampak tenang saja, lebih menggelabah sebenarnya. Cerita2 seram 'zombie' terbayang2 di depan matanya pada ketika itu. Alhamdulillah, selepas membetulkan 'Tom Tom' kami berjaya juga sampai di hotel kami pada pukul 11 malam.
Keesokkannya kami ke Disneyland. Kami sepatutnya bertemu dgn keluarga Zamri di sana. Tetapi, Allah tidak mengizinkan.
Kami pulang dari Disneyland jam 11 malam, dan keesokkannya kami bersiar2 di bandar Paris. Kami berhenti bergambar di Eiffel Tower (bagiku ianya menara besi semata2) dan Arc de Triomphe (spt tugu negara kita). Selepas puas bersiar2 di Paris, kami bertolak ke Calais semula utk bermalam sebelum menaiki ferry SeaFrance pulang ke Dover, UK.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-Mar-2008 20:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mariah's Oliver Twist Play
|
|
http://video.yahoo.com/watch/434820/
'Entry' kali ini, aku abadikan utk Kak Fauziah/Pak Ya sebab aku janji utk bagi dia salinan video Oliver Twist play dimana anaknya Sofia ambil bahagian juga. Tidak lupa juga utk tontonan Kak Safiah sekeluarga (Kamal sebagai Mr. Bumble) dan juga Kak Fida sekeluarga (Nadhirah yg menyanyi bersama2 Mariah dan Sofia lagu 'Will you buy my sweet red roses...).
Aku harap dgn tersematnya kenangan ini dlm fotopage ini, InsyaAllah berkekalanlah hendakNya persahabatan anak2 kita nanti. Amin.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-Mar-2008 17:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salji? Salju?
|
|
Sejuk di bumi Nottingham ini bukannya spt sejuk yg pernah aku alami. Sejuknya terlalu merundum dan kekadang amatlah menghibakan kerana keadaan cuacanya yg terlalu 'gloomy'. Sebenarnya aku suka dgn musim sejuk kerana musim sejuk semasa aku di USA dan Jepun sangatlah indah dan suci. Hampir setiap pagi aku tidak sabar2 utk keluar rumah kerana aku suka dgn keindahan dan kesucian di pagi hari semasa musim sejuk. Tetapi di Nottingham atau di England, musim sejuknya benar2 menyiksakan lahir dan batinku.
Hampir 18 bulan aku berada di sini, baru 2 kali aku menjerit keseronokkan kerana dpt menyaksikan salji. Itupun cukup memuaskan hatiku walaupun saljinya amatlah nipis dan hanya kekal utk beberapa jam saja. Pertamakali anak2ku dpt bermain dgn salji yg terlalu salju ini, hatiku amat sayu, kerana mereka sungguh gembira walaupun salji tersebut tidaklah seindah spt yg aku pernah alami.
|
|
|
|
|