Want your
own Fotopage?











 
Pesanan daripada Bonda
<img src="http://2.srv.fotopages.com/2/17633075/Orkid-Ibu-Full-view.jpg"></img>
By: Noralifah Mohamed Nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Monday, 16-Mar-2009 17:27 Email | Share | | Bookmark
Terimakasih Farah

Memang sudah lama aku berkenan ngan lilypie.com, tetapi tidak ada kenalan rapat utk bertanya. Alhamdulillah aku terserempak lilypie.com dlm Fotopages FarahZul.
Terimakasih Farah....inilah hasil2nya.








meerul ...alahai....budak nih... untie tak der gambar payat langsung....tak der lagi citer jln2 ngan payat....tunggu deh... Fri 27-Jun-2008 09:09
Posted by:Nora
sape yg nk tngok gmbr kitaorang main paintball layarilah laman web meerul...

http://nasa24.fotopages.com
Sun 29-Jun-2008 21:31
Posted by:meerul djanogly ameerulfilza@yahoo.co.uk  - [Link]
kak nora...easter nanti saya tak pg mane2.. nak mai sini ker..mai lah... Thu 19-Mar-2009 06:43
Posted by:umei
View all 28 comments Add comment


Wednesday, 18-Jun-2008 10:05 Email | Share | | Bookmark
Sierra Nevada (20 Mac 2008)

 
 
 
 
 
 
View all 16 photos...


Selama ini aku sangkakan Sierra Nevada hanyalah di Amerika iaitu di California dan Nevada. Rupa2nya di Sepanyol juga ada Sierra Nevada dan kedua2nya membawa maksud yg sama iaitu 'snowy range' dlm bahasa Sepanyol. Gambar di sebelah kanan atas adalah Sierra Nevada di Sepanyol yg terkenal dgn ski resort. Sementara gambar di sebelah kiri atas adalah Sierra Nevada di Amerika yg terkenal dgn hidupan liar yg sentiasa mendpt perhatian kerajaannya dgn menghalang rancangan pembangunan di atasnya.

Kami cuba sedaya upaya utk bergerak ke Granada seberapa segera yg boleh kerana kami takut tidak sempat mendptkan tiket masuk ke Al-Hambra. Ini adalah salah satu perkara yg kami ter-'overlook' semasa membuat persiapan ke Andalusia. Padaku, Andalusia adalah Al-Hambra kerana Al-Hambra terang2 membuktikan Islam itu indah dan sentiasa segar (evergreen). Tanpa Al-Hambra, Andalusia tidak mempunyai banyak beza dari negara2 Eropah yg lain.

Memang sudah menjadi ketentuan Allah, pada 20 Mac 2008 bukan hari utk kami melawat Al-Hambra. Setibanya kami di sana (kalau tak silap sebelum jam 12 tengahari), tiket sudah habis dijual. Kami dinasihatkan utk kembali semula esok seawal jam 6 pagi utk mendptkan tiket masuk. Maka kami pun menukar haluan kami ke gunung yg membelakangi Al-Hambra iaitu Sierra Nevada.






Empangan Alpurajjas benar2 memukau kami. Laluan sungai di celah2 gunung Sierra Nevada membuatkan kami terpana sebentar sehingga terlupa motif sebenar kami ke Granada.







Perjalanan ke Sierra Nevada dari Al-Hambra agak murung sebentar kerana aku benar2 risau takut2 kami tidak berpeluang melawat Al-Hambra.



Cuaca seolah2 tidak mengizinkan kami menikmati keindahan Sierra Nevada pula apabila langit kelihatan gelap semacam. Tanpa kami sangka2 di sepanjang perjalanan ke atas, salji turun semakin lama semakin lebat. MasyaAllah....Subhanallah...Alhamdulillah...tidak henti2 aku mengucap syukur kepadaMu yg Allah...sungguhlah Allah Maha Mengetahui dan sebaik2 Perancang....Wajah murungku hilang serta-merta setelah melihat betapa sucinya putih salji ciptaan tuhan.




Code:
Baby winter Suri kelihatan senyum gembira walaupun dlm kesejukan.




Code:
Tak tentu arah bergambar kerana kusangkakan salji akan berhenti sebentar lagi spt apa yg berlaku di England


Akhirnya kami mengalah juga kepada kesejukan. Kami masuk ke dalam salah satu restoran dgn tujuan utk memanaskan badan sebentar.




Code:
Selepas memanaskan badan dalam restoran, salji berhenti turun tetapi ketebalannya amatlah memuaskan.


Oleh kerana salji yg tebal kami tidak perlu naik ke atas lagi (tetapi sebenarnya aku terlalu sejuk dan sudah tidak berapa peduli sgt dgn salji). Suamiku membawa anak2ku ke satu kawasan yg belum disentuh utk bermain2 dgn salji sementara aku dan Hanna/Izzi melawat setiap kedai cenderahati utk mendptkan cenderahati yg tercantik dan murah.
Alhamdulillah, Hanna dan Izzi boleh berbahasa Sepanyol. Dengan segan2 aku meniru apa yg dilafazkan oleh Hanna setiapkali ingin membeli... "Disconto...pi favor?" yg bermaksud, "Discount, please?".


kak nora.. saya pun nak tiru gaya kak nora posing nanti2..
nampak slim gitu..cayalah..
Fri 20-Jun-2008 00:36
Posted by:umai
kak nora..sgt jeles tgk gmbr2 kt sini tau..waduh..waduh..siap leh bergelumang dgn snow lg.. Fri 20-Jun-2008 10:02
Posted by:zulfarah  - [Link]
salam...Nora....ko tak sihat kan kebelakangan ni....takkan duk berkurung jek...kang family day dtg tau.... Thu 31-Jul-2008 16:14
Posted by:kak cahaya  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Tuesday, 17-Jun-2008 14:35 Email | Share | | Bookmark
Jabal Tariq (19 Mac 2008)

 
 
 
View all 5 photos...

Code:
Kedudukan Gibraltar dalam Andalusia


Code:
Jabal Tariq (Bukit Tariq)

Nama Gibraltar diambil sempena nama Tariq bin Ziyad iaitu panglima Islam yg berjaya menakluk bukit ini dgn membawa askar Islam berbangsa Berber (Moorish) dari Morocco.


Code:
Ibrahim al-Ibrahim Mosque or King Fahd bin Abdulaziz Al-Saud Mosque

Masjid ini adalah satu2nya struktur yg paling indah yg boleh dinikmati semasa di Europa Point.


Code:
The Gibraltar Lighthouse


Code:
Europa Point


Sebenarnya kami tidak dpt menikmati 100% keindahan di Europa Point kerana setiba sahaja kami di sana, hujan mula turun dan hari semakin gelap. Pemandangan semasa perjalanan dari Nerja ke Gibraltar juga tidak kurang indahnya namun masing2 kepenatan utk menikmatinya. Berikut adalah gambar2 yg mampu kami snap semasa hari masih terang.






Selepas solat Maghrib di Masjid King Fahd, kami bertolak pulang ke tempat penginapan kami. Alhamdulillah, Allah berikan mata yg tajam kepada Hanna. Sempat juga kami merasa kebab di Gibraltar apabila Hanna mampu menunjukkan kedai kebab yg kecil dan terselit di tepi jln2 kecil di dalam Gibraltar tersebut.

kak nora, naper asik bergambar nyorok dibelakang suami? anyway, takpe.... sbb suami suppose utk melindungi isteri pun . dan... nampak manja gituh...
saya suka sgt shot king fahd mosque berlatar-belakangkan puncak gibraltar tu. secara simbolik, nampak islam begitu teguh dan kuat!
Wed 18-Jun-2008 11:23
Posted by:mrshenri  - [Link]
izan...sebenarnya nak sorok bahagian2 body yg tertentu...ahak Wed 18-Jun-2008 17:42
Posted by:Nora
jadik ke balik akhir tahun ni? kesian wmf sorang-sorang! Tue 1-Jul-2008 12:34
Posted by:ja duisburg salezams@googlemail.com
Add comment


Tuesday, 17-Jun-2008 12:12 Email | Share | | Bookmark
Balcon de Europa (19 Mac 2008)

 



Code:
Berhenti di salah satu kedai di Nerja utk mencari cenderahati dari Nerja.



Code:
Pemandangan dari atas Balcon de Europa, di mana di sebelahnya adalah deretan bukit yg memukau pemandangannya.



Balcon de Europa terletak di tepi pantai Nerja (Ner-ha) iaitu Playa Calahonda. Balcon de Europa adalah salah satu tempat yg wajib kami lawati kerana ianya terletak di dlm bandar tempat kami menetap. Memang benar apa yg telah dimaklumkan kepada kami sebelum ini, bahawa tempat ini memang indah dan menenangkan. Deretan pokok tamar menuju ke balcony tersebut benar2 membuatkan hatiku tenang dan puas sehingga hilang rasa lenguh2 badan sebab seharian tidak tidur semalam.
Mengikut rancangan kami yg padat, hari kedua di Andalusia, adalah lawatan ke Gibraltar sebenarnya, tetapi tertangguh hingga jam 4 petang barulah kami tiba di sana. Faktor kepenatan (kerana berjln seharian pada hari pertama dan tiba di penginapan lewat malam) dan terpukau dgn keindahan Nerja menyebabkan lawatan ke Gibraltar terganggu sedikit.



fuiyoo, dasyat betul warga notts nih,..makin ramai nampaknya terpilih jadik cover magazines!! ge ge ge Wed 18-Jun-2008 07:51
Posted by:ja duisburg salezams@googlemail.com
Ja....nak buat guane...kat notts nih ramai sungguh paparazi dan mamarazi... Wed 18-Jun-2008 10:04
Posted by:Nora
Add comment


Friday, 13-Jun-2008 10:49 Email | Share | | Bookmark
Apartmentos Mediterraneos

 
 
 
View all 4 photos...






Apartment ini kami sewa dgn harga £113 utk 4 malam 4 hari. Sementara Hanna dan Izzi menyewa apartment utk 2 org dgn harga £77 utk 4 mlam juga. Aku benar2 berpuashati dgn tempat penginapan kami ini. Terimakasih Kak Safiah kerana mencadangkan tempat penginapan ini....Gracias.

Code:
Pembetulan : Sewa utk 4 mlm bagi size utk 2 org (Hanna/Izzi) ialah £55 sahaja.




Banyak maklumat mengenai tempat2 menarik boleh diperolehi dari apartment ini. Dalam bilik rekreasi disediakan komputer bagi kemudahan penyewa utk mendptkan maklumat secara 'online'. Kami sempat bergambar di hadapan poster2 bandar2 di Andalusia yg kami tidak sempat lawati.



Apa yg menarik mengenai apartment ini ialah ianya dikelilingi oleh restoran2 yg dihias begitu indah. Utk mendptkan barang2 runcit atau bahan utk memasak juga amat mudah iaitu beberapa minit berjln kaki sahaja dari apartment kami.




Kalau diizinkan Allah, aku ingin bercuti sekali lagi di Andalusia dan menetap di apartment ini dan kali ini, aku benar2 bercuti dan bersara dari menjadi 'Project Manager'.

hahhahha ....cantik majalah tu, x pernah nampak pon....vague tu ape?? Fri 13-Jun-2008 17:28
Posted by:meerul djanogly ameerulfilza@yahoo.co.uk
haii,.,bila le boleh sampai Andalusia...berangan je la dulu,..ahhaaks Sun 15-Jun-2008 17:16
Posted by:ja duisburg salezams@googlemail.com
fuiyoo, dasyat tuh,..jadik covergirl !! Mon 16-Jun-2008 11:02
Posted by:ja duisburg salezams@googlemail.com
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 11-Jun-2008 16:06 Email | Share | | Bookmark
Express visit to Madrid

 
 
 
View all 5 photos...
Alhamdulillah, jam pukul 6:36 pm sekarang, dan Allah izinkan aku mengadap komputer ini utk menyambung coretanku semalam. Sebenarnya dlm kepalaku ini penuh dgn persoalanan, samada perlu atau tidak aku sediakan makan malam utk malam ini, kerana sisa nasi ayam dalam periuk cuma cukup utk seorang sahaja lagi. Puas aku belek2 laman resepi dlm laman internet yg ada, namun tidak satu pun yg dpt menyuntikkan semangatku utk ke dapur sekarang. Akhirnya aku ambil keputusan masak nasi putih aje dan kemudian goreng telur dadar. Itulah rezeki suami dan anak angkatku utk malam ini.
Berbalik semula kisah pengembaraan kami di bumi Sepanyol pada bulan Mac 2008 yg lepas. Seperti yg telah kumaklumkan, setiba sahaja kami di Madrid, kami terus ke stadium tempat Real Madrid bermain. Selepas puas bergambar di setiap ceruk luar stadium tersebut, kami pun menghala ke stadium laga lembu yg dikenali sebagai Plaza de Toros las Ventas.



Dari jauh kami lihat bangunan ini, rasa seperti tidak percaya sebab ianya terlalu cantik utk dijadikan tempat lembu berlaga. Rupa2nya arkitek bangunan ini memang menggunakan gaya rekabentuk org Berber (Moorish) yg beragama Islam. MasyaAllah, betapa halus seni Islam sebenarnya, sekali pandang kita akan dpt rasakan ketenangannya. Tetapi, setelah dikelilingi pula dgn patung2 lembu, patung matardor dan yg lain2, keindahan bangunan stadium tersebut terus hilang serta ganjil dan agak asing.







Sebenarnya upacara laga lembu adalah salah satu upacara penyembahan lembu dan juga korban dlm ugama Mithras semasa zaman Empayar Rom dahulu.



Code:
Mithras membunuh lembu


Sedikit demi sedikit ianya berubah menjadi satu permainan apabila orgramai teruja utk membantu 'horseman' (biasanya seorang bangsawan) yg membawa segerombolan lembu2 semasa upacara agama dan perkahwinan golongan bangsawan. Dan akhirnya, ianya menjadi satu permainan sukan dimana gelanggangnya dibina pada mulanya empat segi dan kemudian bulat.

Bila zaman berubah dimana naluri kemanusiaan semakin meningkat, perlagaan lembu menjadi isu kontroversi kerana lembu2 tersebut dianiaya dgn kejam. Bayangkanlah, lembu tersebut dibunuh dgn mematahkan tengkuknya oleh matador dan kemudiannya ditujah dgn lembing utk menamatkan riwayatnya. MasyaAllah, Allah yg Maha Mengetahui lagi Mengasihani, betapa halusnya penyembelihan lembu dilakukan dlm Islam, dimana pisau yg digunakan utk memutuskan halkum dan 2 urat penafasan lembu tersebut mestilah tajam supaya lembu tersebut tidak merasai hirisan pisau tersebut. Subhanallah...





Bila dah puas meneliti keindahan Plaza de Toros ini, kami pun bergerak ke Palais Royale de Madrid.



Sudah ketentuan Allah, kami tidak diizinkan utk melawat di dalam Palacio Real de Madrid tersebut kerana waktu melawat sudah tamat. Kempunan juga kami kerana pada hari tersebut lawatan adalah percuma, namun apabila melihat2 di keliling istana tersebut, hilanglah sedikit rasa kempunan tersebut.





Memandangkan hampir 24 jam kami semua berjaga (bermula dari Nottingham jam 11 malam hingga jam 5 petang di Palais Royale tersebut), maka anak2 ku mula terkulai layu. Alhamdulillah, adindaku berdua ini (Hanna dan Izzi) masih lagi ada sisa tenaga (selepas tertidur di dalam kereta semasa dlm perjalanan dari Plaza de Toros ke istana ini) utk beraksi di hadapan kameraku.





Bergerak dari Madrid utk tiba ke Nerja yg mengambil masa lebih dari 6 jam (campur tolak berhenti tidur sekejap di dalam van) memang benar2 mencabar daya ketahanan diri pemandu. Alhamdulillah, berkat berzikir sepanjang perjalanan oleh pemandu dan 'co-pilot'nya (Izzi), kami selamat sampai di tempat penginapan kami utk sepanjang di Sepanyol ini dengan selamat.


Code:
Terimakasih suamiku dan pemanduku kerana memastikan kami semua selamat sampai ke destinasi kami di Sepanyol


InsyaAllah, pengembaraan kami di bumi Andalusia ini akan kusambung esok.

yeah akhirnya dapat baca dah dua entries espana akak. humang aih dgn membacanya jek saya dah rasa penat travel seharian dari nottingham ke nerja tu plus jln2 around madrid. sungguh mencabar ketahanan diri dan kesabaran gak tuh... ok looking forward utk cerita ceriti around andalucia.
insyirah, auntie pun suka makan nasi+telur mata lembu+kicap masin kipas udang. memang lazat berkrim. takde lauk lain pun tak kisah . alamak kan dah terasa nak mkn. auntie tgh study kat lebri ni... dah mula rasa gatal kaki nak blk plk ni... sbb rasa nak pekena nasik... cit...
Thu 12-Jun-2008 12:06
Posted by:mrshenri  - [Link]
ahhhh..bestnyer jenjalan..... Thu 12-Jun-2008 14:19
Posted by:kak cahaya  - [Link]
mrshenri - penat giler...tapi sbb hepi sesgt...lupa rasa sakit2 badan nih ...

cahaya - bakper sedih sgt bunyi komen hang tuh...baru beberapa minggu jer hang kena perap kat rumah kan? dengar citer dah nak gi jenjalan dah kan hujung bulan nih...aku jugakkkk yg masih tak kemana nampaknyer bulan Jun nih...
Thu 12-Jun-2008 15:47
Posted by:Nora
View all 5 comments Add comment


Tuesday, 10-Jun-2008 12:18 Email | Share | | Bookmark
What a trip! Espanol...

 
 
 
View all 4 photos...


Code:
Rombongan melawat tapak2 peninggalan penjajahan tamadun Islam di Sepanyol


Andalusia, Sepanyol sentiasa menjadi igauan aku semenjak diperkenalkan kepadaku oleh Kak Safiah pada thn lepas (beliau sekeluarga berpeluang melawat Andalusia pada April 2007). Selepas hampir sethn terpendam, aku didatangi semula mimpi2 indah Andalusia apabila Kak Mai kembali membawa cerita2 indah selepas melawat Andalusia. Semangatku semakin berkobar2 apabila mendengar Yati, Izan dan Eija serombongan menjelajah Andalusia dan sempat bermain2 salji di puncak Sierra Nevada. Aku ingin mengucapkan terimakasih kepada Izan, Yati dan Eija atas gambar2 di Andalusia yg diupload di dlm fotopage mereka kerana ianya banyak membantu kami.
Subhanallah, sungguh Maha Pemurah tuhan sekalian alam, selepas berkali2 membuat rancangan rapi dan mengambilkira semua kemungkinan (InsyaAllah), aku suami isteri dikurniakan Allah dgn insan yg betul2 pengasih orgnya, Hanna dan Izzi, yg betul2 memahami harapanku ini. Suami isteri ini bersetuju bersusah payah bersama kami sekeluarga demi Andalusia, walaupun mereka menyedari bahawa percutian ini bukan percutian mewah dan mungkin juga agak mencabar kewibawaan masing2.
Berkat saling faham-memahami, Alhamdulillah, perbelanjaan utk melawat Madrid, Granada, Nerja, Gibraltar dan Cordoba hanya menelan sebanyak £1,300 saja (dibahagi antara kami dan Hanna/Izzi dimana mereka hanya perlu berbelanja sebanyak £550 sj).



Bertolak dari Nottingham jam 11 malam utk tiba di Gatwick Airport sebelum jam 6 pagi, adalah bukti semangat kental kami, dan aku benar2 bersyukur kepada Allah swt kerana anak2 juga sama2 memastikan percutian bajet kali ini berjln dgn lancar. Alhamdulillah, selepas merujuk cerita2 Izan, Yati dan Eija di dlm fotopage mereka, berat beg masing2 telah dipastikan tidak melebihi drpd limit yg diberikan.



Kami selamat mendarat di Madrid Airport jam 11 pagi dan terus meluncur dgn van 9 seaters yg kami sewa ke Santiago Bernabeau Stadium yg terkenal dgn Real Madrid Football Club .


Code:
Van yg disewa agak luas membolehkan anak2ku bergelut sesama sendiri bila sudah bosan


Nama stadium tersebut diberi sempena nama presidennya yg mencadangkan stadium tersebut dibina. Real Madrid telah berpindah dari Campo de O'Donnell ke Campo de Ciudad Lineal dan kemudian ke Estadio Chamartín sebelum akhirnya ke stadium sekarang ini.




Semasa di Stadium tersebut, Allah ketemukan kami dgn sahabat Wan Azli yg sedang menuntut di Barcelona (kalau tak silap namanya Nazri).





Dari gambar2 di atas, dptlah kita rumuskan bahawa 'mak budak' (Hanna) yg paling gembira sekali kerana dpt melawat stadium tempat Real Madrid bermain, walaupun kami hanya mampu tawaf stadium ini sahaja kerana kesuntukan masa.

Bercakap mengenai masa, aku mohon utk berhenti setakat ini dahulu dan akan disambung semula esok, dgn niat utk mencari keredhaan Allah.

yeee haaaa...setelah lama diperam kini kisah espana nora telah pon cukup masak.....
nora..jalan cite jangan ler sedih2 sangat...kasih meriah sikit la....nanti tgk gambo ko jenjalan aku jadi sedih plak....
nak lagi dan lagi.......
Tue 10-Jun-2008 21:59
Posted by:kak cahaya  - [Link]
akhirnya kerinduan pembaca fp kak nora terubat kini. ada cerita baru nampaknya. sekarang pkl 2:08 pg. kepala saya dah berasap ngadap buku sekolah ni. nanti esok saya akan baca coretan trip espana akak ni...nighty nite... zzzz.... Wed 11-Jun-2008 01:10
Posted by:mrshenri  - [Link]
Salam kemesraan dari Zai KuLiM boring2 tu jom ler. jenguk sat entry Zai shopping sakan kat Night Market @Brichang ,Cameron tu....
Ok sok ader lagi entry kat Cameron .. mengenai kat Arabella plak..mmg cantek dan sesuai tuk seisi family bila pi CH

Wah...jenjalan segenap alam....zai jer dok terperuk kat M'sia nie...
Wed 11-Jun-2008 06:39
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Thursday, 8-May-2008 17:19 Email | Share | | Bookmark
Bising tetapi Sunyi

Hari ini aku tidak terasa utk mengemaskini 'entry fp' ku. Aku cuma ingin meluahkan perasaanku selepas tamat membaca buku cerita 'Hatiku di Harajuku' yg kupinjam daripada Laily/Mus hampir 3 bulan lalu. Sebenarnya aku ini hantu buku cerita, setiapkali aku pegang buku cerita, aku akan hilang kewibawaanku sebagai manusia yg selalu cuba utk memperbaiki diri. Aku tunggu masa yg sesuai utk membaca buku cerita tersebut, rupa2nya tidak wujud masa sesuai sebenarnya. Aku memang kena jauhkan diriku daripda membaca buku2 spt ini. Astaghfirullah...Kerana setiapkali aku mula membacanya, aku tidak akan meletaknya selagi tidak sampai ke mukasuratnya yg terakhir. Astaghfirullah....sehinggakan secara tidak sengaja aku akan menyakiti hati org2 di sekelilingku dan sebenarnya diriku sendiri, akhirnya.
Kepada Laily, aku ingin mengucapkan terimakasih kerana bersabar dgnku. Aku tau buku ini adalah antara buku2 yg dia paling sayang. Sekarang aku faham kenapa Laily suka sgt dgn buku ini. Betul, jalan ceritanya agak menarik. Tetapi sebenarnya ceritanya memang menarik. 'Unthinkable characters and unimaginable ending'. Siapa sangka org Melayu boleh jadi samurai dan yakuza? Siapa sangka character utama (heroin nombor 1) akan menjadi pilihan kedua hero?
Cuma satu saja yg aku tak suka mengenai cara penulisan buku ini. Setiapkali aku pegang buku cerita, aku membayangkan diriku sedang menonton wayang hindustan, yg tidak banyak maklumat berat yg perlu aku proses dlm kepala otakku ini. Khayalanku spt diganggu apabila penulis cuba menyelit maklumat2 geografi, sejarah dan pengetahuan am sesuatu tempat di mana cerita tersebut berlaku. Aku mendengus seolah2 marah apabila cerita hindustan diberhentikan sekejap utk memberi laluan 'Berita Terkini'. Maklumat2 tambahan mengenai sesuatu tempat yg tidak akan menjejaskan jalan cerita tersebut kalau tidak diselitkan adalah benar2 menyakitkan hatiku. Ianya akan menyebabkan aku melompat2 ke perenggan berikutnya dan ianya benar2 memotong 'stim' aku.
Akhirnya, aku boleh simpulkan, buku ini adalah antara buku novel kontemporari yg terbaik yg pernah aku baca. Antara penulis Melayu kontemporari yg aku tak sangka dpt menambat hatiku ialah 'Aisya Sofia' yg menulis spt Ramlee Awang juga, tetapi pandai memainkan perasaan pembaca sptku, yg suka dgn bacaan ringan2 saja utk berhibur dan 'sengaja membazirkan airmata' bila terasa kesunyian dlm kebisingan.

Nora.......!!!!! bangun cepat!!!! dah lama sangat ko tido ni...pengsan ke hapa.... Thu 5-Jun-2008 09:39
Posted by:kak cahaya  - [Link]
kak nora awat lama no menyepi..? ni sebok baca buku ker cari ilham buat buku nih... Fri 6-Jun-2008 15:55
Posted by:eija  - [Link]
kak nora.... sori tak pernah ter'melawat' fp kaknora nie.... rupa2nya byk cerita menarik yg tidak kuketahui... anyway thanks for the appreciation... 'Harajuku' mmg novel kesayanganku, dan Ramlee Awang Murshid memang novelis peberetku, berbelas ribu batu kubawa dari Malaysia...
Didoakan kak nora cepat sembuh, sentiasa sihat, ceria dan tabah dengan ujian Allah... Insya Allah...
Sat 27-Sep-2008 05:35
Posted by:lailymus laily_mus@yahoo.com  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Wednesday, 30-Apr-2008 11:41 Email | Share | | Bookmark
Scotland (Christmas 2007)

 
 
 
View all 9 photos...
Entry kali ini aku bagi laluan kepada anakandaku Mariah sebab rajin sungguh buat slide powerpoint percutian kami di Scotland pada Krismas 2007 lalu.



















Sebenarnya kami sengaja pergi ke Scotland waktu winter (hari Krismas) semata2 nak main salji. Agaknya belum diizinkan Allah, naik ke atas gunung tapi tak dpt juga menyentuh salji sbb perkhidmatan keretapi tergendala kerana cuaca.

kak nora, saya x g shanklin chine tu..xsempat laa..byk masa abis kat the needles..bila akak nak update gambo ni?

besday present murah dr £3??isk3..kesian qayyum...hahaha...
Thu 8-May-2008 10:41
Posted by:kaida  - [Link]
Ermm...well done! Mariah for the slides...creative dan menarik. Auntie Zai belajar buat slide cam gini pun masa dekat university...kira Mariah ni advance laa.. . So, teruskan usaha.. Wed 28-May-2008 17:16
Posted by:LadyJane
BUT MOST PARTS OF THE REASONS WHY I DID THIS WAS BECAUSE MAMA WAS KINDA SLOW, AND SHE NEEDED CATCHIN UP!!!!! Fri 30-May-2008 16:10
Posted by:MaRiAh
View all 14 comments Add comment


Monday, 28-Apr-2008 10:17 Email | Share | | Bookmark
Mak Ayah, Ku junjung budimu (November 2007)

 
 
 
View all 6 photos...
Sesungguhnya sebesar2 nikmat yg dikurniakan kepada kita adalah kewujudan kita di bumi Allah ini. Maha Suci Allah, bermula dari dlm rahim ibu, Allah sudah limpahkan rahmatnya kepada kita, malahan kepada semua yg berada di sekeliling kita dan ibu kita pada ketika itu. Dan bila kita sudah boleh berdikari tanpa bantuan daripada ibubapa kita, kita mula menjadi tamak. Benarlah firman Allah, manusia ini spt anjing, bila diberi sesuatu, lidah kita masih lagi terjelir2 spt anjing, apatah lagi kalau tidak dikurniakan apa2 langsung.
Seingat aku, sejak aku mula memegang duit sendiri, baru sekali aku mengucapkan terimakasih bersungguh2 kepada kedua ibubapaku. Dan semasa aku mengucapkan terimakasih bersungguh2 kepada mereka berdua, ibubapaku sedang berendam airmata kerana terpaksa melepaskan aku kepada suamiku, sedangkan mereka belum puas lagi menikmati kebahagiaan bersamaku sebagai anak mereka yg paling berjaya.


Memang berdosalah aku, kalau aku menyangka kejayaanku selama ini tidak ada kena-mengena dgn mak dan ayahku semata2 kerana mereka berdua berpelajaran setakat darjah 6. Jahanamlah hidupku, kalau aku berasa tamak dgn rezeki yg melimpah-ruah yg Allah limpahkan padaku, semata2 kerana mak dan ayahku tidak setaraf dgnku lagi. Pincanglah diriku ini, kalau aku cuba berlagak seolah2 aku berasal dari keluarga yg handal2 dan ternama. Ya Allah ya tuhanku, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku yg telah membesarkan aku dan menyekolahkanku tanpa pernah rasa terbeban walau sedetik. Ya Allah ya tuhanku, masukkanlah mak dan ayahku ke dlm golongan hamba2Mu yg akan menikmati kelazatan nikmat syurgaMu di akhirat kelak. Amin.



Aku benar2 berterimakasih kepada Cikgu Zainal dan Cikgu Salina yg tidak keberatan langsung menemankan mak dan ayahku ke Nottingham dan sudi menginap di rumahku walaupun terpaksa tidur di ruang tamuku dlm kesejukkan. Hanya Allah sahaja yg akan membalas budi mereka.



Sepanjang hari2 mak dan ayahku berada di UK, aku tidak putus2 berdoa supaya mak dan ayahku berada dlm kerehatan dan sentiasa berasa bahagia walaupun layananku tidaklah seistimewa yg sepatutnya. Hari pertama di sini, mak dan ayahku bawa melawat University of Nottingham dan sempat memetik epal yg sedang berbuah dan berguguran pada masa itu. Keesokkannya, kami berjln2 di City Center.



Alhamdulillah, walaupun waktu siang pendek dlm bulan November 2007 tersebut, Allah izinkan mak dan ayahku menikmati keindahan alam ciptaanNya di Cornwall. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, kami cuma sempat melawat Lands End, Minack Theater, St. Micheals dan Castle Drogo sahaja.



Sehari sebelum mak dan ayah terbang pulang, aku bawa mereka berjln2 di London melihat London Eye, Big Ben dan bangunan2 disekelilingnya. Kemudian kami bermalam di Windsor yg berhampiran dgn Windsor Castle.



Ya Allah ya tuhanku, berikanlah yg terbaik kepada kedua ibubapaku. Amin.

seronok nye kak nora dpt jumpa parents... hilang le sekejap rindu akak pada bonda dan ayahanda.. kiter rindu la pada mak dan abah kiter Sun 4-May-2008 21:40
Posted by:rose  - [Link]
best sangat tgk trip parents kak nora ke london..
Insya Allah... satu hari nanti saya juga akan buat yg sama... akan ku bawa ayah & emakku ke sana...
Mon 2-Jun-2008 16:21
Posted by:masni sitimasnih@yahoo.com
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.